Assalammu'alaikum pembaca sekalian😄
Kisah pertama kali melangkahkan kaki ke menara gading.Suatu hari,ketika pulang dari kerja di sebuah klinik swasta di Poliklinik Pekan Nenas.Kerja yang ku pohon sementara menunggu tawaran dari mana-mana institusi pengajian tinggi am atau swasta selepas tamat tingkatan 5.Sekurang-kurangnya dapatlah mengisi masa dan memenuhi keperluanku untuk sambung belajar nanti.
"Kak,ni ada surat.Baru saja sampai,posmen hantar..."kata adikku.
"Surat apa?" getus hatiku.
Aku membuka sampul surat itu dan membaca isi kandungannya.Berulangkali ku baca dan fahamkan setiap patah perkataan surat itu.
"Wah...dapatlah!"jeritku.
"Dapat apa?"tanya adikku yang kehairanan.
"Tawaran belajar la..."jawabku.
Hati girang tidak terkata.Tidak sabar rasanya mahu memberitahu ibu tentang surat tawaran itu.Aku bakal menyambung pelajaran dalam bidang pengurusan dakwah dan pembangunan sumber manusia, Diploma Pengajian Islam.
Ibu menerima perkhabaran itu dengan hati terbuka dan penuh kesyukuran.Persiapan untuk ke Melaka segera disiapkan.Dua minggu lagi aku perlu melaporkan diri di Kolej Universiti Islam Melaka.
Perjalanan ke Melaka mengambil masa lebih kurang 3jam.Jam 10pagi tiba di perkarangan kolej.Terlihat ramai yang telah mendaftar.Selesai urusan pendaftaran,aku diarahkan ke blok asrama.
Sampai di blok asrama,aku mencari dimana letaknya bilik asrama yang akan ku diami.Hati berdebar bukan kepalang, memikirkan siapakah rakan sebilikku nanti.Moga-moga orangnya baik.Sampai di bilik asrama,aku berkenalan dengan Rozana yang akan menjadi rakan sebilik denganku sepanjang pengajian.Rozana berasal dari Kelantan.Beliau juga mengambil jurusan yang sama denganku.Alhamdulillah,lega rasanya.
Kehidupan di kolej bermula dengan minggu orientasi pelajar selama 1 minggu.Pada mulanya agak kekok berada di situ tapi lama kelamaan aku sudah dapat menyesuaikan diri.Menjalani hidup sebagai mahasiswi banyak mengajar hidup berdikari,jauh dari keluarga.Rindu dengan semua di kampung.Namun,untuk berjaya hati kena kuat,tabah dan sabar.Natijahnya pasti baik.Tawakal selalu pada Allah.
Sekadar berkongsi pengalaman☺️☺️
No comments:
Post a Comment