Wednesday, November 14, 2018

Sekolah Pertamaku

Assalammu'alaikum wbt

Hari ini aku menghadiri Majlis Konvokesyen Dan Anugerah Kecemerlangan sekolah tadika.Zafirah,anak sulungku bakal ke sekolah kebangsaan tahun hadapan.Cepat benar masa berlalu.
Apabila melihatkan keletah zafirah teruja untuk mengambil hadiah dengan memakai pakaian konvo...teringat pula zamanku di sekolah dahulu.

Usiaku 5 tahun,aku sering memujuk ibu untuk membelikan peralatan sekolah.Beg sekolah,kasut,pensel,buku...Kadangkala aku menangis agar dipenuhi apa yang diminta.Membuak-buak rasa semangat nak ke sekolah.





Tadika kemas adalah sekolah pertamaku.Disana aku diajar asas membaca dan menulis.Selepas itu,aku meneruskan sesi pembelajaran ke sekolah rendah pada awal pagi dan sekolah agama pada sebelah petangnya.

Di sekolah,aku sangat meminati subjek Bahasa Inggeris dan seni.Aktif dalam sukan badminton dan bola tampar.Pernah memasuki pertandingan syarahan dan bercerita.

Begitu juga di sekolah agama,aku sangat aktif dalam pertandingan nasyid.Ibuku sentiasa memberi sokongan dan semangat serta memberi nasihat agar bijak membahagikan masa.Pesannya agar bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu,jaga solat,jaga akhlak,bersahabat dengan Al-Quran.

Seronoknya bila mengimbas kembali zaman kecilku,saat ku mengenal apa itu sekolah,cikgu,rakan sebaya dan suka duka menuntut ilmu.Semuanya menjadi kenangan yang takkan ku lupakan sampai bila-bila.😊😊

No comments:

Post a Comment

Pengalaman dan kepakaran