Monday, November 12, 2018

Salam Ukhuwwah

Salam Ukhuwwah Salam Perkenalan.

Dimulakan dengan Bismillah,disusuli dengan Alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah SWT.Kesyukuran yang tidak terhingga saya ungkapkan hanya kepada Allah kerana mengundang Rasulullah kepada alam ini.Dibekali dengan mukjizat agung bernama Al-Quran sebagai panduan kehidupan,jua sunnah Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW.

Dilahirkan pada 23 Jun 1983 di Pontian, Johor.Anak sulung daripada 5 orang adik-beradik.Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pekan Nenas,Pontian,Johor.Dikenali dengan nama Norzila di media sosial.Telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak perempuan berusia 6 dan 2 tahun.Sekarang menetap di Rawang Selangor selepas mendirikan rumahtangga.

Meminati seni kraf dan lukisan.Suka belajar berbagai cabang ilmu disamping pelbagai kegemaran lainnya seperti hobi berkarya dengan seni kreatif,membaca buku-buku ilmiah dan menulis.Saya juga menyukai bidang masakan seperti pastries dan bakeri.Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang businesswoman yang berjaya dalam industri bakeri.

Berstatus seorang suri bekerjaya yang masih bekerja dan dalam masa yang sama menguruskan rumahtangga.Pelbagai pengalaman kerja yang telah saya lalui seperti pembantu klinik swasta,guru iqra di Tabika Kemas dan guru tuisyen kelas Cepat Membaca Kaedah Fonik Bacalah Anakku.Kini berkhidmat sebagai guru KAFA di sebuah sekolah agama swasta di Selangor.Tahun 2018 merupakan tahun ke 7 saya berkhidmat sebagai seorang pendidik.Menjadi seorang guru ini bukannya mudah.Satu pekerjaan yang menuntut kesabaran dan kecekalan kerana banyaknya onak,duri serta ranjau yang perlu ditempuhi.Bidang pendidikan ini sangat luas dan berkait rapat dengan bidang perkembangan awal kanak-kanak.Keberadaan saya dalam profesion guru ini,secara tidak langsung dapat mengaplikasikan bidang ilmu tersebut kepada anak-anak, murid-murid dan juga anak rakan-rakan yang lain.

Setakat ini dahulu yang dapat saya kongsikan.Serba sedikit tentang diri saya...Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment

Pengalaman dan kepakaran