Monday, November 12, 2018

Lawatan Sambil Belajar





Lawatan Sri Al-Mu'ariff 2018

Pada tahun ini, SRI Al-Mu'ariff telah mengadakan lawatan ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.Seramai 45 orang peserta menyertai lawatan tersebut.Mereka terdiri daripada 36 orang pelajar,7 orang guru-guru serta pengiring dan 2 orang kanak-kanak.

Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada sejarah yang ada di negeri Melaka,menimba ilmu serta mengetahui pelbagai kebudayaan dalam masyarakat serta mengeratkan lagi ukhuwwah diantara guru-guru dan pelajar.

Diantara tempat yang dilawati ialah Mini Malaysia,Perigi Hang Tuah,Bandar Hilir(A famosa, Muzium Kesultanan Melayu Melaka,Melaka River Cruise),Masjid Selat,Pantai Klebang dan banyak lagi.

Apa yang pasti,peserta program lawatan SRI Al-Mu'ariff ke Melaka kali ini sangat berpuas hati dan merasa seronok dengan aktiviti yang pihak sekolah sediakan.Terima kasih atas kepercayaan ibubapa.Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua guru-guru Sri Al - Mu'ariff dan ibubapa  pengiring.Semoga menjadi aktiviti tahunan sekolah kami.In sha Allah berjumpa di tahun hadapan.

TAUTAN UKHUWWAH
SRI AL-MU'ARIFF
8 NOV 2018
MELAKA

No comments:

Post a Comment

Pengalaman dan kepakaran