Wednesday, November 14, 2018
Kerja Pertama
Seminggu selepas menghadiri sesi temuduga,saya menerima sepucuk surat tawaran meminta saya segera melaporkan diri untuk mengisi jawatan sebagai guru iqra' di Tabika Kemas.Alhamdulillah, ucapan syukur saya panjatkan pada Allah kerana berjaya mendapatkan pekerjaan itu.
Bulan Mac 2007,saya memulakan tugas sebagai guru yang akan mengajar murid-murid tabika awal mengenal Al Quran menggunakan buku iqra'.Perasaan bercampur baur pada mulanya kerana inilah pekerjaan pertama saya sebagai guru selepas tamat belajar.
Saya akui ketika melangkah masuk ke dalam kelas ada satu perasaan yang mana saya masih belum bersedia sepenuhnya bagaimana cara pengajaran dan pembelajaran yang akan saya sampaikam nanti.Ilmu pengetahuan ada tetapi pengalaman mengajar anak-anak kecil berusia di antara 4 hingga 6 tahun itu yang menjadi masalah.Rasa gementar dan malu juga ada sebenarnya.Namun cepat-cepat perasaan itu saya buang jauh-jauh dan betulkan niat dalam hati bahawa saya menerima kerjaya ini untuk menyampaikan ilmu mengenal Al Quran kepada anak-anak murid yang masih suci bersih hatinya.
Atas tunjuk ajar guru-guru yang lain,saya berjaya melalui fasa pertama pengajaran dan pembelajaran mengajar anak-anak murid membaca iqra'.Hari demi hari saya mula berasa suka dan seronok dengan kerja saya ini apatah lagi apabila ramai anak murid yang sudah boleh mengenal huruf hijaiyyah.Dan ada juga murid yang pandai membaca Al-Quran.
Sesungguhnya pekerjaan seorang guru itu mulia.Guru ibarat ibubapa di sekolah.Mengajarkan sesuatu ilmu yang kita tidak tahu kepada tahu.Disamping mengajarkan ilmu sebenarnya guru mendidik diri sendiri ke arah yang lebih baik agar menjadi contoh kepada anak-anak murid.
Terima kasih ibu,ayah dan guru-guru yang telah mencurahkan ilmu kehidupan untuk digunakan dalam menjalani liku-liku hidup dunia akhirat.Alfatihah untuk insan-insan yang telah pergi.

~Belajar di universiti~
Assalammu'alaikum pembaca sekalian😄
Kisah pertama kali melangkahkan kaki ke menara gading.Suatu hari,ketika pulang dari kerja di sebuah klinik swasta di Poliklinik Pekan Nenas.Kerja yang ku pohon sementara menunggu tawaran dari mana-mana institusi pengajian tinggi am atau swasta selepas tamat tingkatan 5.Sekurang-kurangnya dapatlah mengisi masa dan memenuhi keperluanku untuk sambung belajar nanti.
"Kak,ni ada surat.Baru saja sampai,posmen hantar..."kata adikku.
"Surat apa?" getus hatiku.
Aku membuka sampul surat itu dan membaca isi kandungannya.Berulangkali ku baca dan fahamkan setiap patah perkataan surat itu.
"Wah...dapatlah!"jeritku.
"Dapat apa?"tanya adikku yang kehairanan.
"Tawaran belajar la..."jawabku.
Hati girang tidak terkata.Tidak sabar rasanya mahu memberitahu ibu tentang surat tawaran itu.Aku bakal menyambung pelajaran dalam bidang pengurusan dakwah dan pembangunan sumber manusia, Diploma Pengajian Islam.
Ibu menerima perkhabaran itu dengan hati terbuka dan penuh kesyukuran.Persiapan untuk ke Melaka segera disiapkan.Dua minggu lagi aku perlu melaporkan diri di Kolej Universiti Islam Melaka.
Perjalanan ke Melaka mengambil masa lebih kurang 3jam.Jam 10pagi tiba di perkarangan kolej.Terlihat ramai yang telah mendaftar.Selesai urusan pendaftaran,aku diarahkan ke blok asrama.
Sampai di blok asrama,aku mencari dimana letaknya bilik asrama yang akan ku diami.Hati berdebar bukan kepalang, memikirkan siapakah rakan sebilikku nanti.Moga-moga orangnya baik.Sampai di bilik asrama,aku berkenalan dengan Rozana yang akan menjadi rakan sebilik denganku sepanjang pengajian.Rozana berasal dari Kelantan.Beliau juga mengambil jurusan yang sama denganku.Alhamdulillah,lega rasanya.
Kehidupan di kolej bermula dengan minggu orientasi pelajar selama 1 minggu.Pada mulanya agak kekok berada di situ tapi lama kelamaan aku sudah dapat menyesuaikan diri.Menjalani hidup sebagai mahasiswi banyak mengajar hidup berdikari,jauh dari keluarga.Rindu dengan semua di kampung.Namun,untuk berjaya hati kena kuat,tabah dan sabar.Natijahnya pasti baik.Tawakal selalu pada Allah.
Sekadar berkongsi pengalaman☺️☺️

Sekolah Pertamaku
Assalammu'alaikum wbt
Hari ini aku menghadiri Majlis Konvokesyen Dan Anugerah Kecemerlangan sekolah tadika.Zafirah,anak sulungku bakal ke sekolah kebangsaan tahun hadapan.Cepat benar masa berlalu.
Apabila melihatkan keletah zafirah teruja untuk mengambil hadiah dengan memakai pakaian konvo...teringat pula zamanku di sekolah dahulu.
Usiaku 5 tahun,aku sering memujuk ibu untuk membelikan peralatan sekolah.Beg sekolah,kasut,pensel,buku...Kadangkala aku menangis agar dipenuhi apa yang diminta.Membuak-buak rasa semangat nak ke sekolah.
Tadika kemas adalah sekolah pertamaku.Disana aku diajar asas membaca dan menulis.Selepas itu,aku meneruskan sesi pembelajaran ke sekolah rendah pada awal pagi dan sekolah agama pada sebelah petangnya.
Di sekolah,aku sangat meminati subjek Bahasa Inggeris dan seni.Aktif dalam sukan badminton dan bola tampar.Pernah memasuki pertandingan syarahan dan bercerita.
Begitu juga di sekolah agama,aku sangat aktif dalam pertandingan nasyid.Ibuku sentiasa memberi sokongan dan semangat serta memberi nasihat agar bijak membahagikan masa.Pesannya agar bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu,jaga solat,jaga akhlak,bersahabat dengan Al-Quran.
Seronoknya bila mengimbas kembali zaman kecilku,saat ku mengenal apa itu sekolah,cikgu,rakan sebaya dan suka duka menuntut ilmu.Semuanya menjadi kenangan yang takkan ku lupakan sampai bila-bila.😊😊

Tuesday, November 13, 2018
Hikmah Dari Peritnya Ujian
Peritnya ujian akan mengajar diri untuk lebih bergantung harapan pada Allah.
Mensyukuri setiap apa yang ada.Merasai nikmat berdoa atas setiap pengaduan kepada yang Maha ESA.
Ujian sebenarnya mengajar dan mendidik hati untuk selalu kuat,sabar dan tabah.Akan hadir dipenghujungnya nanti kurnia dan nikmat dariNya yang tidak disangka-sangka.Maka sempurnakanlah ujian itu dengan sabar dan solat.
Berbaik sangka lah dengan Allah.
#naklulusujian??
Monday, November 12, 2018
SEMINAR Ibu Menulis
SEMINAR IBU MENULIS
Kenapa saya hadir ke sini hari ini
adalah untuk menimba ilmu penulisan..
Apa yang saya dapat daripada menulis..
satu luahan perasaan,terapi,perkongsian sesuatu yang bermanfaat untuk semua.
Menulis adalah bebas..
Menjadikan apa yang ada di sekeliling sebagai medium dan bahan untuk menulis.
Idea 1 saat..maka sediakan selalu pen dan kertas agar tidak terlepas momentum berguna dalam berkarya.
Terima kasih buat Puan Khairunnisa Hamzah yang berkongsi ilmu dan membangunkan kami daripada lena yang panjang,menyuntik semangat agar kami termotivasi untuk lebih menghargai diri lebih dahulu daripada yang lain selepas Allah Dan RasulNya.
Hidup bersandarkan pada Allah SWT.Hikmah atas setiap yang berlaku mendidik diri untuk melalui setiap fasa kehidupan aturan Allah dengan lebih kuat dan kental diri.
Dipertemukan juga dengan sahabat-sahabat yang sangat baik hati dan positif,moga ukhuwwah kekal berpanjangan..In sha Allah..
Sesungguhnya Allah menciptakan sesuatu itu tidak sia-sia..

Sunnah Tutup Bekas Makanan
"Umi...apa tu..?"kata kakak zafirah sambil menunjukkan bekas berisi biskut ikan.
Rupa-rupanya ada dua ekor cicak sudah berada dalam bekas tersebut.Ini mesti sebab tak tutup bekas makanan selepas ambil isinya.
Menutup makanan dan minuman merupakan sunnah Rasulullah SAW untuk melindunginya dari pencemaran,sebagaimana dinyatakan dalam hadis Nabi SAW:
"Tutuplah bejana".(HR.Muslim,Ahmad dan Ibnu Majah).
Dalam riwayat Bukhari disebutkan:
Tutuplah makanan dan minuman,kerana dalam satu tahun ada satu malam yang dimalam itu turun wabak dari langit.Wabak itu tidak menjumpai wadah yang terbuka melainkan akan ada sebahagian dari wabak itu yang mengenai wadah itu.

Ajari Anakmu Al-Quran
Apabila si kecil ini mengalunkan kalimah suci,
Yang mendengar ini terasa nyamannya di hati.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Didiklah anak-anak kamu atas tiga perkara iaitu cinta kepada Nabi kamu,cinta kepada kaum keluarga baginda serta membaca Al-Quran.
Ya Allah, jadikan Al-Quran keindahan kalbuku,cahaya hatiku,penyembuh dukaku dan penghapus deritaku.

Khat Kanvas
Sukanya dia bila khat kanvas yang ditempah berada di tangan."Cantik...katanya".
Teruja sangat dapat pegang,asyik tersenyum shj..geli hati tengok gelagat anak murid yg sorang ni.Terima kasih ye sudi tempah,maaf atas kekurangan.
Moga kecintaanmu pada Allah SWT dan kerinduanmu pada Muhammad Rasulullah sentiasa mekar di hati.Lebih-lebih lagi apabila melihat kalimah itu.Biarpun digantung pada dinding tetapi sematkan juga dikalbu.Yakin dan percayalah padaNya selalu.Selawat dan salam atas baginda Rasulullah yang sangat dirindu.
Ada yg mahu tempah khat kanvas?

Lawatan Sambil Belajar
Lawatan Sri Al-Mu'ariff 2018
Pada tahun ini, SRI Al-Mu'ariff telah mengadakan lawatan ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah.Seramai 45 orang peserta menyertai lawatan tersebut.Mereka terdiri daripada 36 orang pelajar,7 orang guru-guru serta pengiring dan 2 orang kanak-kanak.
Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada sejarah yang ada di negeri Melaka,menimba ilmu serta mengetahui pelbagai kebudayaan dalam masyarakat serta mengeratkan lagi ukhuwwah diantara guru-guru dan pelajar.
Diantara tempat yang dilawati ialah Mini Malaysia,Perigi Hang Tuah,Bandar Hilir(A famosa, Muzium Kesultanan Melayu Melaka,Melaka River Cruise),Masjid Selat,Pantai Klebang dan banyak lagi.
Apa yang pasti,peserta program lawatan SRI Al-Mu'ariff ke Melaka kali ini sangat berpuas hati dan merasa seronok dengan aktiviti yang pihak sekolah sediakan.Terima kasih atas kepercayaan ibubapa.Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua guru-guru Sri Al - Mu'ariff dan ibubapa pengiring.Semoga menjadi aktiviti tahunan sekolah kami.In sha Allah berjumpa di tahun hadapan.
TAUTAN UKHUWWAH
SRI AL-MU'ARIFF
8 NOV 2018
MELAKA
Salam Ukhuwwah
Salam Ukhuwwah Salam Perkenalan.
Dimulakan dengan Bismillah,disusuli dengan Alhamdulillah,segala puji hanya bagi Allah SWT.Kesyukuran yang tidak terhingga saya ungkapkan hanya kepada Allah kerana mengundang Rasulullah kepada alam ini.Dibekali dengan mukjizat agung bernama Al-Quran sebagai panduan kehidupan,jua sunnah Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW.
Dilahirkan pada 23 Jun 1983 di Pontian, Johor.Anak sulung daripada 5 orang adik-beradik.Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pekan Nenas,Pontian,Johor.Dikenali dengan nama Norzila di media sosial.Telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak perempuan berusia 6 dan 2 tahun.Sekarang menetap di Rawang Selangor selepas mendirikan rumahtangga.
Meminati seni kraf dan lukisan.Suka belajar berbagai cabang ilmu disamping pelbagai kegemaran lainnya seperti hobi berkarya dengan seni kreatif,membaca buku-buku ilmiah dan menulis.Saya juga menyukai bidang masakan seperti pastries dan bakeri.Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang businesswoman yang berjaya dalam industri bakeri.
Berstatus seorang suri bekerjaya yang masih bekerja dan dalam masa yang sama menguruskan rumahtangga.Pelbagai pengalaman kerja yang telah saya lalui seperti pembantu klinik swasta,guru iqra di Tabika Kemas dan guru tuisyen kelas Cepat Membaca Kaedah Fonik Bacalah Anakku.Kini berkhidmat sebagai guru KAFA di sebuah sekolah agama swasta di Selangor.Tahun 2018 merupakan tahun ke 7 saya berkhidmat sebagai seorang pendidik.Menjadi seorang guru ini bukannya mudah.Satu pekerjaan yang menuntut kesabaran dan kecekalan kerana banyaknya onak,duri serta ranjau yang perlu ditempuhi.Bidang pendidikan ini sangat luas dan berkait rapat dengan bidang perkembangan awal kanak-kanak.Keberadaan saya dalam profesion guru ini,secara tidak langsung dapat mengaplikasikan bidang ilmu tersebut kepada anak-anak, murid-murid dan juga anak rakan-rakan yang lain.
Setakat ini dahulu yang dapat saya kongsikan.Serba sedikit tentang diri saya...Jumpa lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)
-
"Umi...apa tu..?"kata kakak zafirah sambil menunjukkan bekas berisi biskut ikan. Rupa-rupanya ada dua ekor cicak sudah berada dal...
-
Apabila si kecil ini mengalunkan kalimah suci, Yang mendengar ini terasa nyamannya di hati. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Didikl...